Monday, December 28, 2009

SURAT MARYAM


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Kaaaf, Haa Yaa. Ain, Shaad.(1) ini adalah) suatu peringatan rahmat Tuhanmu kepada hamba-Nya Zakaria. (2) Ketika dia meminta kepada Tuhannya dengan suara yang lembut.(3) Dia berkata, "Wahai Tuhanku, sesungguhnya tulang-tulangku telah lemah dan kepalaku telah dipenuhi uban dan aku belum pernah kecewa dalam meminta kepada Engkau, Ya Tuhanku. (Ayat-ayat ini menerangkan adab-adab berdoa dan hal-hal yang disukai dalam berdoa iaitu israr, khudu, menampakan kehinaan dan kelemahan diri bertawassul dengan nikmat-nikmat yang telah dilimpahkan.(4) Dan sesungguhnya aku khawatir akan turunan dibelakangku (Yakni kerana tak ada yang layak di antara mereka untuk mengendalikan urusan)kerana isteriku mandul. Sebab itu berilah aku seorang turunan dari sisi-Mu.(5) Yang akan mewarisku dan mewarisi keluarga Ya'qub (yakni dalam hal keilmuan dan kelaliman) dan jadikanlah dia, wahai Tuhanku seorang yang disukai.

No comments: